Aplikasi Angkutan Ekman

  • Angkutan Ekman adalah satu faktor dalam julang air pantai yang menyediakan bekalan nutrien bagi beberapa pasaran penangkapan ikan terbesar di planet ini.[10] Angin dalam regim tersebut bertiup selari dengan pantai (seperti di sepanjang pantai Peru, di mana angin bertiup Utara). Daripada pengangkutan Ekman, air permukaan mempunyai pergerakan bersih sebanyak 90° ke kiri bagi lokasi tersebut. Disebabkan air permukaan mengalir dari pantai, air perlu diganti dengan air dari bawah.[11] Adalah penting untuk ingat bahawa dalam air pantai yang cetek, lingkaran Ekman biasanya tidak betul-betul terbentuk dan kejadian angin yang menyebabkan julang air agak pendek. Ini menyebabkan banyak variasi julang air, tetapi idea ini secara amnya terpakai.[12]
  • Angkutan Ekman juga sama dalam julang air khatulistiwa, di mana, di kedua-dua hemisfera, komponen angin pasat ke arah barat menyebabkan angkutan bersih air ke arah kutub, dan komponen angin pasat ke arah timur menyebabkan angkutan bersih air dari kutub.[10]
  • Pada skala yang lebih kecil, angin siklon mencetuskan pengangkutan Ekman yang menyebabkan pencapahan bersih dan julang air, atau sedutan Ekman,[10] manakala angin anti-siklon menyebabkan penumpuan bersih dan junam air, atau mengepam Ekman[13]
  • Angkutan Ekman juga faktor dalam peredaran gir lautan. Angkutan Ekman menyebabkan air mengalir ke arah pusat gir di semua lokasi, mewujudkan permukaan laut bercerun, dan memulakan aliran geostrof[14]. Harald Sverdrup menggunakan angkutan Ekman semasa m,emasukkan daya tekanan kecerunan untuk membangunkan teori ini (lihat keseimbangan Sverdrup).[13]